Monday, February 4, 2013

Niatlah kerana Allah SWT.


Kita dituntut supaya menjadi orang yang murah hati dan suka membelanjakan harta pada jalan yang baik mengharapkan keredhaan Allah.

Allah menerangkan menerusi surah Sabak ayat 39, "Katakanlah wahai Muhammad, 'Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki antara hamba-Nya dan Dia juga yang menyempitkan baginya. Serta apa sahaja yang kamu dermakan, Allah menggantikannya dan Dia adalah sebaik-baik pemberi rezeki.'"

Allah menjelaskan menerusi surah al-Baqarah ayat 272, "Dan apa jua harta yang halal yang dibelanjakan (pahalanya) adalah untukmu sendiri. Dan tidaklah kamu dermakan sesuatu melainkan kerana mencari keredhaan Allah. Dan apa yang kamu dermakan daripada harta yang halal, disempurnakan pahalanya kepada kamu, dan kamu tidak dianiaya."

~diambil daripada buku Riyadus Solihin Taman Orang Soleh keluaran PTS

p/s: sama-samalah kita menginfakkan harta yang dikurniakan Allah SWT. ke jalan yang diredhai-Nya. in shaa Allah amiin~