Monday, February 4, 2013

Niatlah kerana Allah SWT.


Kita dituntut supaya menjadi orang yang murah hati dan suka membelanjakan harta pada jalan yang baik mengharapkan keredhaan Allah.

Allah menerangkan menerusi surah Sabak ayat 39, "Katakanlah wahai Muhammad, 'Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki antara hamba-Nya dan Dia juga yang menyempitkan baginya. Serta apa sahaja yang kamu dermakan, Allah menggantikannya dan Dia adalah sebaik-baik pemberi rezeki.'"

Allah menjelaskan menerusi surah al-Baqarah ayat 272, "Dan apa jua harta yang halal yang dibelanjakan (pahalanya) adalah untukmu sendiri. Dan tidaklah kamu dermakan sesuatu melainkan kerana mencari keredhaan Allah. Dan apa yang kamu dermakan daripada harta yang halal, disempurnakan pahalanya kepada kamu, dan kamu tidak dianiaya."

~diambil daripada buku Riyadus Solihin Taman Orang Soleh keluaran PTS

p/s: sama-samalah kita menginfakkan harta yang dikurniakan Allah SWT. ke jalan yang diredhai-Nya. in shaa Allah amiin~

Saturday, February 2, 2013

Bengkel Penulisan Bersama Hilal Asyraf ;) (02/02/2013)


Bengkel ini merupakan salah satu bengkel yang sangat bermakna buat aku dan sahabat aku iaitu rasyidah... ;)
ingin tahu mengapa?

Banyak input yang aku telah perolehi daripada majlis ilmu ini. Saudara Hilal Asyraf merupakan salah seorang penulis dan juga pada masa yang sama seorang pendakwah muda yang berjiwa kental!

Aku dan sahabatku amat mengagumi beliau serta isterinya. Sepanjang bengkel berjalan telah banyak perkongsian ilmu yang amat bermanfaat seperti apakah matlamat sebenar untuk menjadi seorang penulis yang berjaya.

Berjaya yang dimaksudkan bukan hanya beroleh kejayaan di dunia tetapi kejayaan di akhirat itulah matlamat yang sebenar.

Beliau telah menyatakan bahawa tujuan utama yang perlu ada dalam diri setiap penulis adalah matlamat sebenar penulisan untuk membangunkan jiwa umat Islam...hal ini demikian kerana untuk kita mendapatkan saham akhirat in shaa Allah Amiin...~

Saya mendoakan agar usaha dakwah melalui penulisan yang sedang dilakukan oleh saudara Hilal Asyraf akan berjaya menarik ramai umat Islam untuk sama-sama berjuang dalam mendapatkan keredhaan Allah SWT. in shaa Allah amiin ^.^




Tuesday, June 21, 2011

seuntai kata dalam rahsia...

ada seorang insan yang tak diketahui namanya sering tangisi akan takdir yang menimpa dirinya... dy masih tak mengerti mengapa org lain bole hidup bebas n bergembira?dy masih tertanya2...apakah ini suratan takdir hidupnya yang terpaksa dihadapi.... ????insan itu masih belum mengerti bahawa Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang telah merencanakan sesuatu yg lebih indah untuknya suatu hari nnt...cuma insan tersebut hanya perlu bersabar dalam mengharungi apa jua dugaan yg melanda...moga dirinya masih mampu untuk terus bertahan tanpa melakukan sesuatu di luar jgkaan....